Monday, June 22, 2009

KUMPULAN CERPEN MEA CULPA MENCABAR MINDA


REVIU BUKU
oleh Muhammad Salihin Sulaiman

Koleksi cerpen yang bertajuk Mea Culpa, hasil karya Amirul Fakir (AF) ini diterbitkan oleh TERATAK NUROMAR pada tahun 2008. Sebanyak 13 karya cerpen fiksyen AF telah dikumpulkan dalam buku ini.

Karya-karya yang penuh eksperimental dan sarat dengan falsafah ini harus dimiliki oleh penulis muda yang ingin menerobos ke daerah-daerah yang jarang disentuh oleh masyarakat penulis.

Dengan latar yang agak sukar dibayangkan oleh pembaca dan dengan teknik penulisan yang segar, Amirul Fakir boleh dianggap sebagai seorang penulis yang idealistik serta sedang meningkat prestasinya sebagai seorang sasterawan.

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini juga berbakat besar dalam bidang penyairan, penterjemahan dan juga dalam bidang editorial. Beliau juga pemegang Diploma Terjemahan.

Karya-karya yang menentang konvensi (non conventional) yang digermari oleh AF membuka satu ruangan kreatif yang tiada batasannya. AF banyak mengundang simbolisme dan alegori yang melibatkan pembaca untuk meneroka makna-maknanya. Agak sukar difahami jika kita menyelusuri karya-karyanya secara lalu. Perlu penelitian dari pembaca yang intelek untuk membongkar makna disebalik karya-karyanya.

Tema-tema sosio-politik diungkapkannya. Persoalan-persoalan keagamaan dan jati diri dibongkar melalui cerpen-cerpennya. Berbagai lagi tema yang diungkap untuk menerokai daerah dalam diri serta mencari jalan keluar dalam situasi berhalisunasi.

AF ingin bergerak dengan gaya dan tekniknya tersendiri. Dan dalam Mea Culpa, kita dapat merasakan keunikan itu, Aliran ini yang dipegang oleh AF dan berkeyakinan bahawa ini adalah aliran yang dia sendiri selesa dan dapat menerobos ke dunia sastera yang banyak lenggoknya.

Dalam Mea Culpa lagi, AF menghidangkan selera yang berlainan untuk khalayak sama-sama memperkasakan bahasa yang telah dhasilkan yang luarbiasa kreatifnya. AF banyak membicarakan tentang dirinya yang sering berada dalam ketegangan dan kesepian.

Contohnya, dalam cerpen yang bertajuk Nol, AF menghidupkan dirinya dalam keadaan misteri dan ingin pula menuju ke satu daerah yang belum tentu wujud. Tajuk-tajuk lain yang para pembaca harus beri tumpuan seperti PIDANA, MEA CULPA, HIJAB dan PENDEKLAMATOR MIMPI.

Dalam karya Maha-T @ Sang Midas, AF membongkar persoalan mengenai kontradiksi dalam kesongsangan. Kontradiksinya bila Sang Kuasa meminta pertolongan daripada Sang Marhaen dan bukan sebaliknya.

AF bergolak dalam dirinya dan krisis dalaman ini yang agak terpancar dalam karya-karyanya. Dan konflik dalaman ini berpunca dari kerapuhan keyakinan dan kesempitan iman.

Abstrak dan sureal adalah ramuan penting dalam pengkaryaan AF. Harus diingat, para pembaca yang mengharapkan ‘hidangan’ ringan, mungkin tidak dapat menyerap apa yang disampaikan oleh AF. Untuk melihat satu perkembangan berani dalam genre cerpen, AF dan Mea Culpa merupakan contahan yang tepat.

Buku Mea Culpa amat beruntung kerana lukisan yang berjudul ‘REBAH’ yang diilhamkan oleh Hamir Soib, pelukis generasi baru yang sedang meningkat prestasinya, telah menjadi penghias kulit buku ini. Karya lukisan yang hampir menghidupkan sebuah misteri, telah memberi penambahan nilai kehebatan karya-karya AF di dalamnya.

end

Thursday, May 14, 2009

BENGKEL SKRIP







Bengkel Intensif Penulisan Skrip yang telah diadakan di FINAS, KL pada 10 Mei lalu sedikit sebanyak membuka luas minda dan jaringan teman. Walaupun hanya sehari bengkel itu diadakan, banyak perkara telah aku timba. Dengan kehadiran penulis mapan dari Malaysia seperti Martias Mohd Ali, Pelakon Zaidi Omar dan Wan Maimunah serta Pengarah Jurey Rosli, aku banyak belajar dari mereka. Di samping itu, aku juga sempat berkenalan dengan beberapa orang yang sudahpun berada dalam bidang media.
Dari Singapura diwakili oleh Shafiee Mustafa, Sharifah Aqilah, Halim Zohri, Mastura Ahmad, Arshad Ismail, Seri Wahyuni, R Azmann, Saiful dan aku sendiri.
kami tiba pada hati Sabtu, 9 Mei dan pulang pada 11 Mei.
Keseluruhannya amat menyeronokkan. Dan ia adalah satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Sunday, March 22, 2009

ALBUM DAKWAH DALAM BAHASA ARAB DAN URDU


OLEH Muhammad Salihin

Album yang berjudul Bismillah nyanyian Imran Bin Mohamed akan berada di pasaran tidak lama lagi. Imran yang berumur 35 tahun adalah anggota Alumni Madrasah Aljunied dan telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Ayah dan pakciknya juga pernah aktif dalam dunia muzik setempat.

Atas dorongan teman karibnya, Syed Mustaffa, teman sejak dari bangku sekolah, maka album ini dapat dicetuskan. Peluang untuk menyanyikan lagu dakwah tidak wujud sewaktu Imran bersekolah di Madrasah Aljunied hingga ke peringkat pra-universiti.

Dengan peluang yang terbuka ini, maka Imran rasakan ini adalah waktu yang terbaik untuk menyumbang lagu-lagu dakwah dalam bahasa yang dia selesa kepada masyarakat.

Album yang diterbitkan oleh Planet Spiritual ini, lagu-lagunya dalam bahasa Arab, Parsi dan Urdu dan yang ada sentuhan qasidah dan muzik dunia disatukan. Proses rakaman asas hanya berlangsung selama dua minggu tapi adunan lagu dan muzik oleh Snootz Studio memakan masa yang lebih lama sedikit. Susunan muzik pula dilakukan oleh Al-Hafiz, peniup seruling terkenal di Singapura.

Sebelum ini, Imran tidak pernah menyampaikan lagu dakwah selain dari album projek khas untuk ALMAS-Permata. Penjualan album tersebut juga amat menggalakkan. Ramai yang tidak ketahui, Imran juga sering muncul dalam rancangan-rancangan Vasantham.

Beliau sebenarnya lebih cenderung menyanyikan lagu-lagu Hindi. Melody dan beberapa lirik lagunya dalam album ini juga disokong oleh ayah, bonda dan keluarga.

Dengan terakamnya album ini, secara tak langsung Imran ingin menyumbangkan kembali jasanya kepada Madrasah Aljunied. Album Bismillah yang telah merakamkan sebanyak dua belas lagu, mengandungi 12 lagu kesemunya. 3 lagu dalam bahasa Urdu dan 9 lagu-lagu selawat dan qasidah.

Kepada para peminat lagu-lagu Hindi dan Bollywood, album dakwah ini boleh menjadi muzik alternatif yang dapat menyegarkan dan santapan rohani. Bukan itu saja, ia merupakan album lagu-lagu dakwah, dengan satu kelainan. Album ini boleh didapatkan di Madrasah Aljunied, 30 Victoria Street.

Lagu-lagu yang diisi dalam album ini ialah : Bismillah, Igfirlana, Solaatuna, Allahu Robbi, Baghdadi Baghdadi, Doa Taubat, Astaghfirullah, Ya Azim, Anta Maulana Ya Habibi, Hum Hain Khyale Yaar, Allahu Allah (bersama Syamil) dan lagu bonus, Burdah Syareef.

Dan album dakwah ini dijangka akan menjadi fenomena di kalangan mereka yang faham dalam bahasa Arab, Hindi dan Urdu. Insya’allah.

Sunday, March 1, 2009

TERJEMAHAN PENGHUNI SENJA-THE SUNSET DWELLERS


Novel Penghuni Senja kini dalam proses terjemahan ke bahasa Inggeris. Ini ada sebahagian episod 1 - Senja Muram.

Chapter 1-Sombre Dusk

DUSK. You appear at the most extraordinary circumstance. Your presence eternally waited. Your beauty is praise-worthy. Your loyalty, attested. Be it sombre or cheery, I wait for your appearance, even if it is for eternity. This is precisely what Ahmad Dasuki says to himself, daily, as dusk descends. Among his friends, he is casually known as Pak Ahmad. In physique, he is neither obese nor skinny, just moderately built.

Without revealing the remotest sign of boredom, Pak Ahmad will wait in passive anticipation of the dusk, to revel in its beauty. Dusk, in effect, is a lurid interface of darkness and light. It folds day into night. Such transformation often induces more than a hearten smile in him. Dusk has for long been deemed as his closest ally. He valued it for its sheer loyalty. With many of his closest friends and families already forsaking him, the dusk is his sole panacea or even his playmate for that matter. In short, Pak Ahmad prefers the present way, the way it has always been.

Although preoccupied with gazing the falling dusk, Pak Ahmad is still sensitized to his immediate surroundings. He knows what goes on around him. Seeing the dusk falls is merely his dutiful, mandatory obsession. With eyes peering onto the immeasurably distant horizon, and delightful with a rapturous display of golden hue blending with velvety orange, his surreal devotion to the dusk has, nevertheless, never encumbered anyone in this house.

“Don’t have to do anything else,” Pak Ahmad whispers to himself during a peaceful dusk. Since his younger days, Pak Ahmad has been predisposed to nature, admiring and reflecting its beauty. Nature and Pak Ahmad are inseparably connected. Sad news about deforestation will trigger streams of tears down his cheeks. In his twilight days now, he resolves to savour the beauty of earth. Its absolute magnificence will not slip away from his mind. Many godly creations scarcely engender much attention from human like himself.

“This is one of earth’s magnificent creations. No one can create likewise. You are beautiful, dusk.” Pak Ahmad’s voice is vivid but a vestige of sadness is evident in his tone. Lately, his character has been inexplicably capricious, temperamental, much to the chagrin of his friends who understandably distant themselves from him. His feelings and thoughts shifting spontaneously; at one end quiet and at the other end testy. At times, he remains silent for days. When he is temperamental, unpleasant words rattle off. When he is silent, it is as though his tongue has been stitched. Such is his freakish disposition. As it is with people, some like him and some do not.

Once, Haji Deraman was engrossed in a harmless, cordial conversation with Pak Ahmad. Then, all of a sudden, for no apparent reason, Pak Ahmad hurled incoherent abuses at him. Harsh words spattered out with ease from Pak Ahmad’s mouth leaving Haji Deraman in total bewilderment. His face reddened with anger and confusion from the onslaught of abuses. He felt like a school kid lashed by a teacher for forgetting to bring his book. After a few months of getting to know him better, Haji Deraman gradually understand Pak Ahmad’s demeanour. Despite the revilement, Haji Deraman remained composed, holding himself well against Pak Ahmad. He is always relenting, and fully conscious that a small group of Malay dwellers like them simply cannot allow themselves to be reduced to squabbles and sour-faces. Otherwise, more problems and confusions will emerge. A small group among them alleged that Pak Ahmad is of unsound mind. Nevertheless, Haji Deraman still maintains his friendship as he believes they do not truly comprehend his real behaviour.

“This old man must be crazy! He talks to himself,” declared Meon, the youngest of the lot who is in his fifties.

Saturday, February 28, 2009

DRAMA 1988..SEGARIS SINAR MENANG 5 ANUGERAH



27 Febuari 2009 - Tahun lepas (2008), aku telah dijemput oleh Shortman Films untuk menulis skrip untuk sebuah drama yang mula-mula dipanggil Constellations. Setelah beberapa perbincangan, kami semua setuju untuk menamakan drama ini 1988...Segaris Sinar. Aku pula ditugaskan untuk menulis dua skrip dari lapan yang ada. Penulis lain ialah Johari Aziz, Muzafar Yusof dan Seri Wahyuni. berbanding dari tiga penulis yang lain, aku yang boleh dianggap paling 'muda' dalam penghasilan drama TV. Alhamdulillah, atas tunjuk ajar mereka, aku dapat tunaikan amanah aku walaupun ditekan oleh waktu dan keyakinan.

Sanif Olek sebagai pengarahnya dan Abu Marhalim pula sebagai produsernya. Gabungan belakang tabir dan pelakon2 utama dan tambahan yang hebat2 belaka, drama ini telah memenangi 5 anugerah kesemuanya dalam Pesta Perdana 10. Drama ini dianugerah sebagai Pengarah Terbaik-Sanif Olek, Drama Terbaik, Skrip terbaik-Seri Wahyuni, pelakon pembantu terbaik-JA Halim dan Pelakon harapan terbaik-Hasif Nasir.
Kisah 7 anak yatim yang menjadi teras utama mempunyai kelebihan dari jalan cerita yang tidak membosankan berbanding dengan Jeritan Sepi, Mandai United dan lain2 lagi.
Alhamdulillah kerana berjaya akhirnya Segaris Sinar merangkul 5 anugerah dari 10 yang dicalonkan. Tahniah untuk semua...

Friday, February 27, 2009

BELASUNGKAWA IBRAHIM HUSSEIN




Berita Harian Malaysia ONLINE
Allahyarham berjaya mengangkat bangsa dan negara dengan kanvas sebagai wahana

PEMERGIAN pelukis tersohor Malaysia, Datuk Ibrahim Hussein, 73, ke Rahmatullah pagi semalam selepas serangan jantung kali kedua, meninggalkan lompang yang sukar diisi pelukis lain negara ini ekoran kejayaan Allahyarham mencipta legenda tersendiri dalam dunia seni rupa tanah air.

Allahyarham yang diserang sakit jantung pada jam 4 petang kelmarin, dirujuk ke Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, sebelum serangan kedua pada jam 4 pagi semalam yang membawa kepada kematiannya, meninggalkan seorang isteri, Datin Sim dan seorang anak perempuan, Alia.

Sebagai seniman seni rupa dengan peribadi dan kreativiti sangat unik, memungkinkan Allahyarham berada pada kedudukan paling selesa berbanding rakan seangkatannya, tetapi segala-galanya itu dikecapi selepas berjuang bermati-matian mendapatkan tempat pada persada tempatan dan antarabangsa.

Allahyarham yang dilahirkan di Sungai Limau, Yan, Kedah, pada 13 Mac 1936, menerima latihan seni rupa di Royal Academy Schools London pada 1963 hingga 1966, Byam Shaw School of Drawing & Painting London (1959 - 1963) dan Nanyang Academy of Art Singapore (1956).

Kecintaan yang mendalam kepada dunia seni rupa dengan keyakinan bahawa ia mampu menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama dizahirkan melalui penubuhan Yayasan Kebudayaan dan Muzium Ibrahim Hussein pada 1992 yang terletak di Pasir Tengkorak, Langkawi.

Tunggul sentuhan Allahyarham menjadi arca seni luar biasa.
Allahyarham mengambil masa selama 11 tahun bagi merealisasikan impiannya untuk mendirikan muzium dan yayasan berkenaan dan melaburkan lebih RM 5 juta selepas beberapa percubaan menemui kegagalan serta hanya terlaksana pada 1992 dan dilancarkan pada tahun yang sama.

Allahyarham mula mengadakan pameran solo dan berkumpulan sejak 1963 dengan sesetengah daripada karyanya kini dipamerkan di Muzium dan Yayasan Kebudayaan Ibrahim Hussein serta dibuka kepada orang ramai pada 2000, sempat menganjurkan Festival Seni Lukis Antarabangsa Langkawi (Lifa) pada tahun terbabit.

Berasal daripada keluarga yang miskin, semangatnya dalam dunia seni rupa mula berkobar-kobar pada usia awal 20-an, sesuai dengan situasinya sebagai pelukis muda dengan matlamat memperjuangkan kebebasan dalam berkarya bagi memungkinkannya meluahkan segala yang berlegar dalam benak dan hati.

Tidak mungkin Allahyarham melupakan segala jerih payah yang terpaksa dilaluinya sebelum mencipta kejayaan luar biasa dalam dunia seni rupa tanah air, terutama ketika segala-galanya yang dimilikinya dicuri ketika menuntut di London dari 1963 hingga 1966.

Figura sepasang kekasih dipamerkan di tingkat satu Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussien.
Sebagai satu-satunya pelajar dari Asia di Byam Shaw Art School di London dan berasa terlalu sunyi tanpa teman dan ahli keluarga, Ibrahim meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai posmen, pelakon tambahan, pencuci pinggan mangkuk, selepas kecurian kerana peristiwa itu benar-benar menjadikannya miskin.

Kesungguhan beliau dalam berkarya sepanjang lebih 50 tahun membawanya ke persada antarabangsa dan kepakarannya diakui negara luar melalui penganugerahan pelbagai pingat dan darjah kebesaran termasuk Griffin Prize, London (1964), Smithsonian Institute, American Workshop, Venice (1970), Crystal Award World Economic Forum di Switzerland pada 1997), Order of Bernado O'Higgings, Chile (1995), dan Order of Andres Bello Venezuela (1993).

Allahyarham yang juga adik kepada Sasterawan Negara (SN), Datuk Abdullah Hussain dan Ketua I, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Emeritus Tan Sri Ismail Hussein, dinobatkan sebagai Tokoh Melayu Terbilang sempena sambutan ulang tahun penubuhan Umno ke-61 di Dewan Merdeka, PWTC, pada 2007.

Penyair, Datuk Baharudin Zainal, menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh pelukis yang sarat dengan pemikiran dan sangat sensitif kepada perkembangan persekitaran serta dunia bangsanya, bukan saja dalam kerangka tempatan tetapi juga dalam perkembangan nasional bangsanya, terutama dalam penerokaan pembangunan.

“Beliau mempunyai pegawai perhubungan awam yang luar biasa berbanding pelukis seangkatan dengannya seperti Seniman Negara, Datuk Syed Ahmad Jamal dan penerima Anugerah Penulisan Sea 1984, Latiff Mohidin dan Yeoh Jin Leng, sehingga berjaya memacu nama dan hubungannya dengan dunia antarabangsa,” jelasnya.

Baharuddin yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), meletakkan Allahyarham sebagai salah seorang peneraju sastera moden Malaysia dan bukan saja saja menjadi ikon serta lambang kreativiti bangsa Malaysia,

tetapi juga imej negara di dunia lebih luas.

“Seperti pelukis lain, Allahyarham ada mesej tersendiri dan kuat dalam setiap karyanya. Karyanya bukan sekadar luahan perasaan dan imaginasi peribadi, tetapi pandangan serta tafsiran terhadap masalah nasional dalam hubungan sejagat. Ini antara kekuatan seniman seperti Ibrahim.

Keupayaan Ibrahim dalam mengangkat dan menafsir karya dalam pelbagai bidang untuk dipindahkan ke kanvas, antaranya dapat dilihat melalui luahan hatinya berhubung Angkasawan Pertama Malaysia dan menafsir karya daripada citra tempatan lewat puisi SN, Allahyarham Datuk (Dr) Usman Awng, Pak Utih,” ujarnya yang turut dikenali sebagai Baha Zain.

Thursday, February 26, 2009

PANDUAN PELAJAR CEMERLANG


Oleh
Muhammad Salihin Sulaiman

Tajuk Buku : Petua Pelajar Cemelang
Buku ini ditulis oleh Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah yang berpengalaman mengendalikan lebih 6000 kursus dalam bidang motivasi, komunikasi, keibubapaan, keusahawanan dan bermcam lagi.

Hj Muhammad Zakaria juga turut menyumbang dalam menghasilkan buku ini. Beliau ialah seorang motivator dan juga seorang konsultan di Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru dan berharga RM19.90.

Sebagai seorang pelajar, kecemerlangan mesti menjadi agenda pertama di dalam diari kehidupan anda. Panduan-panduan mudah dengan cara sistemetik dalam buku ini dapat mewujudkan bukan saja pelajar yang cemerlang malahan akan mudah menjadi contoh kepada para pelajar dan remaja yang lain.

Panduan pelajar dan remaja untuk mencapai kecermelangan akademik serentak dengan peningkatan sahsiah ada terkandung dalam buku ini. Teksnya dipermudahkan dalam bentuk nota ringkas untuk memudahkan anda merujuk mengikut tajuk.

Foto dan ilustrasi memberi penjelasan secara praktik bahawa kecemerlangan adalah benar dan realiti serta mudah dicapai. Gambarajah, carta dan jadual menerangkan langkah yang lebih cekap menuju kecemerlangan.

Semua pelajar mempunyai keupayaan yang sama untuk mencapai kecemerlangan. Mereka datang dari latar belakang yang berbeza. Mereka terdedah kepada kemudahan pembelajaran dan suasana alam sekitar yang sama.

Soalnya kenapa sesetengah pelajar lebih cemerlang dari yang lain? Malahan ada yang terlalu cemerlang sedangkan ada sebilangan kecil yang terlalu ketinggalan?

Dalam buku ini anda dapat menemui jawapannya: Kerana setiap pelajar menggarap input yang diterima dengan kaedah dan penerimaan yang berbeza. Di samping itu, persepsi setiap pelajar tidak sama. Ada yang terlalu bermotivasi tinggi dan ada yang sama apabila diolah di dalam acuan yang berbeza akan menghasilkan produk yang berbeza dan berlainan rasa.

Ada berbagai perspektif yang dibentangkan dalam kandungan buku ini. Tajuk-tajuk menarik dan berkesan termasuk Merangsang Deria Semasa Balajar, Meningkatkan Keupayaan Minda, Amalkan keadaan Pemakanan Baik dan Seimbang, Berdoa Setelah Gigih Berusaha, Memiliki Imej Diri yang Positif dan banyak lagi tajuk yang amat relevan dengan pelajar masa kini.

“Mereka yang mengaku bukan pelajar cemerlang, tidak mungkin akan menjadi pelajar cemerlang kerana telah meletakkan sasaran tidak mungkin jadi cemerlang, di dalam minda mereka.” Kecemerlangan dan kejayaan tidak datang begitu sahaja, dan dalam buku motivasi ini ia membantu untuk mengorak langkah demi langkah untuk mewujudkan pelajar-pelajar cemerlang.

Petua meningkatkan keupayaan minda juga digarap dalam buku setebal 104 mukasurat ini. Sebenarnya, keajaiban yang dicapai seseorang bermula dari minga yang kuat. Apa saja yang minda kita boleh gambarkan, kita boleh capai.

Motivasi dan kata-kata rangsangan dalam buku ini pastinya akan menyemarakkan para pelajar untuk bangkit ke satu tahap yang lebih berjaya dan menjadi insan yang lengkap. Setelah membaca buku panduan ini, pelajar akan pastinya bermotivasi tinggi dan akan mencapai apa saja yang mereka kehendaki.